Followers

Pages

Sunday 30 September 2012

Anak Datuk K Tanya Soal Peribadi Dengan Rozita Che Wan


Rozita tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana lelaki berstatus suami orang.

PETALING JAYA: Salah seorang anak Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K telah bertemu pelakon Rozita Che Wan secara peribadi untuk mengetahui adakah benar wanita itu mahu mengahwini bapanya.
Rozita, 38, berkata, dia terkejut apabila seorang lelaki datang menemuinya di sebuah majlis baru-baru ini bertanyakan kebenaran gosip berkenaan.
"Saya tidak mengenali Datuk K secara peribadi dan begitu juga anak beliau. Dia tiba-tiba menyapa saya di sebuah majlis tertutup dan bertanya mengenai perkara berkenaan," katanya.
Rozita sebelum ini pernah dikaitkan dengan Datuk K dan mereka kononnya dikatakan telah berkahwin secara senyap.
Dalam pada itu, Rozita memohon semua media dan penulis blog di negara ini menghentikan spekulasi melibatkan dirinya dengan Datuk K kerana tidak mahu melukai hati penyanyi Siti Nurhaliza.

"Saya tidak mahu menyakiti hati Siti dengan cerita-cerita yang tidak benar sebegini tambahan pula saya memang tidak berminat dengan lelaki yang sudah berkahwin," ujarnya.
Sementara itu, Rozita menjelaskan dia kini selesa hidup sendirian dan akan lebih berhati-hati mencari cinta selepas rumah tangganya hancur sebelum ini.
Rozita berkata, dia sentiasa mengambil pengajaran daripada kegagalan perkahwinannya yang lalu dan mengakui cerewet apabila melibatkan lelaki.
Malah jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan duda, dia akan memastikan lelaki tersebut tidak mempunyai anak kerana tidak mahu bergaduh dengan anak-anak tirinya.
"Saya cuma akan berkawan dengan lelaki bujang atau pun duda yang tidak mempunyai anak kerana saya tidak mahu anak-anaknya menghadapi masalah dengan saya.
"Saya tertarik kepada lelaki yang baik, tidak ego dan dapat menjaga rumah tangga dengan sempurna walaupun dia tidak sekaya mana," katanya.
Tambah Rozita, paling penting lelaki yang ingin mendampinginya mestilah boleh menerima dua anak lelakinya yang telah meningkat usia remaja.
"Anak-anak tidak meletakkan kriteria calon suami saya kerana paling penting lelaki itu dapat mengembirakan saya dan menyayangi mereka seperti anak sendiri," ujarnya.

Saturday 29 September 2012

Wanita Dakwa Dipukau Dan Dicabul


KUALA LUMPUR: Seorang wanita mendakwa dipukau sebelum menuruti arahan seorang lelaki yang memintanya masuk ke dalam kereta Perodua Viva berwarna putih sebelum dicabul, Rabu lalu.
Dalam kejadian jam 5.40 petang itu, mangsa berusia 26 tahun berjalan berseorangan ke hentian menunggu bas berhampiran Jalan Pahang sebelum tiba-tiba kereta dipandu seorang lelaki berhenti dan terus memanggil namanya.

Menurut sumber, mangsa menghampiri kenderaan itu sebelum lelaki berkenaan memperkenalkan diri dan bertanya sama ada mengenalinya atau tidak.
“Bagaimanapun mangsa memberitahu tidak mengenali lelaki itu.

“Suspek kemudian terus membuka pintu dan menarik mangsa masuk ke dalam kenderaannya. “Mangsa ketika itu tidak cuba melawan sebaliknya akur dan mengikut suspek yang menyatakan hasrat mahu menghantar mangsa pulang ke rumahnya di Sungai Besi,” katanya.

Sumber berkata, ketika dalam perjalanan, suspek mengambil kesempatan memegang alat sulit mangsa beberapa kali, namun tidak dapat melawan seolah-olah dipukau.
“Suspek turut mengambil nombor telefon mangsa sebelum menghantarnya pulang,” katanya.

Friday 28 September 2012

3 Sahabat Rogol Gadis Bergilir-Gilir


KUANTAN - Tiga rakan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan semalam setelah  ditahan pihak polis kerana  dituduh merogol seorang gadis bawah umur secara bergilir-gilir dalam bilik sebuah rumah tidak bernombor kawasan projek pertanian komoditi Kampung Janglau, Rompin, 17 September lalu.

Pertuduhan terhadap, Mohamad Redzuan Noorazlan, 19, dari Sungai Puteri Rompin, Mohamad Hafis Haikal Rahayub, 18 dari Kampung Janglau dan Ahmad Sauqi Abdul Rahman, 18 beralamat di Kuarters Pusat Pembangunan Komoditi Janglau dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Noradidah Ahmad.

Ketiga-tiga tertuduh yang diwakili peguam mereka, Mohd Fadzli Mohd Ramly bagaimana pun mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Hidayatul Syuhada Samsuddin itu.

Berdasarkan kertas pertuduhan, ketiga-tiga rakan terbabit didakwa merogol mangsa yang baru berusia 13 tahun sembilan bulan secara bergilir-gilir antara jam 11.30 hingga 12 tengah malam, 17 September lalu.

Berikutan perbuatan mereka itu, satu laporan polis dipercayai dibuat keluarga mangsa sehingga membawa kepada penahanan tertuduh awal pagi 19 September lalu.

Bagi kesalahan itu mereka berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Pihak pendakwaan menawarkan ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh bagaimana pun Mohd Fadzli tampil membuat rayuan mewakili anak guamnya memohon jumlah itu dikurangkan.

Dalam rayuannya itu, Mohd Fadzli memberi alasan, tertuduh pertama bekerja sebagai buruh ladang dengan pendapatan RM500 sebulan dan terpaksa menanggung ibu serta empat adiknya.

“Sementara itu, tertuduh kedua yang mempunyai enam adik beradik masih ditanggung keluarga dengan hasil pendapatan bapanya sebagai nelayan manakala Ahmad Sauqi terpaksa menyara keluarga termasuk lima adiknya dengan pendapatan sebanyak RM800 sebagai kelindan lori,” katanya.

Disebabkan kemampuan keluarga ketiga-tiga tertuduh yang terhad dia memohon kepada mahkamah agar menetapkan jaminan ke atas anak guamnya sebanyak RM2,000.

Bagaimana pun jumlah yang dimohon itu ditolak mahkamah kerana terlalu rendah sedangkan hukuman yang diperuntukkan untuk kesalahan tersebut penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mahkamah juga tidak dapat mempertimbangkan rayuan tertuduh untuk mendapatkan separuh daripada jumlah  yang ditawarkan sebaliknya menetapkan jaminan RM4,000 setiap seorang dengan seorang penjamin manakala 29 Oktober depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan kes itu  seterusnya dalam mahkamah sama.
-sumber dari sinar-

Nabila Huda: 'Saya sayang Johan As'ari'

Nabila Huda, Johan As'ari
"Saya sayang dia!" itulah ayat yang keluar daripada mulut pelakon Nabila Huda, apabila ditanya mengenai hubungannya dengan Johan As'ari.

Bagaimanapun, kenyataan itu bukan bermaksud Nabila sedang bercinta dengan aktor yang terkenal menerusi drama bersiri, Juvana itu.

Jelas Nabila, dia dan Johan hanya berkawan baik.

"Ikhlas saya katakan, saya memang sayangkan dia, tetapi kami sekadar kawan baik.

"Mungkin orang melihat kami seperti pasangan kekasih, namun tidak sampai ke tahap bercinta seperti yang disangka," katanya ketika ditemui selepas pelancaran drama terbaru lakonannya, Julia di Sri Pentas TV3, kelmarin.

Tambah pelakon berusia 28 tahun ini, dia selesa bersama Johan memandangkan Johan menerima dia seadanya.

"Dia tidak kisah berkawan dengan saya walau pun saya seorang yang lasak dan ringkas.

"Itu yang membuatkan kami jadi rapat, apa pun ia bukan jaminan bahawa hubungan kami akan menjadi lebih serius," kata ibu kepada Keisha Laila, 2 tahun setengah ini.

Dalam pada itu, Nabila berkata, dia juga sering memberi nasihat kepada pemuda berusia 26 tahun itu mengenai kerjaya dan imejnya.

"Memang saya banyak membimbing dia jika perkara itu berkaitan dengan karier, lagi pun dia masih muda, perlu memberikan perhatian kepada karier terlebih dahulu.

"Bagi saya, Johan masih belum bersedia melangkah ke gerbang perkahwinan dan saya mahukan lelaki yang matang serta mampu menerima saya dan anak," katanya.

Thursday 27 September 2012

Bersama Teman Lelaki Tanpa Pakaian Dalam

DUNGUN - Tindakan seorang penuntut kolej membawa pulang teman lelaki ke rumah sewa setiap hujung minggu sehingga mendatangkan syak wasangka dalam kalangan jiran tetangga sehingga perbuatan tidak bermoral itu berjaya dihidu pihak berkuasa.

Susulan itu, satu serbuan dilakukan penguat kuasa syariah kira-kira jam 10.45 malam Ahad lalu, berjaya menahan sepasang kekasih yang berada berdua-duaan di sebuah rumah flat, dekat sini.

Ketika ditahan, gadis berusia 21 tahun yang sedang menuntut di salah sebuah kolej swasta itu difahamkan hanya berseluar pendek dan memakai baju singlet tanpa pakaian dalam.


Dicekup berkhalwat bersama teman lelaki
Gadis ini yang sedang menjalani latihan amali di Pejabat Kesihatan Dungun ditangkap khalwat bersama teman lelakinya di sebuah rumah fl at dekat Bijangga.

Ketika serbuan, pasangan itu mengaku mempunyai hubungan sebagai sepupu, namun setelah disoal siasat kedua-duanya tidak mempunyai hubungan muhrim.

Gadis berasal dari Bukit Tunggal dikatakan sedang menjalani latihan amali di Pejabat Kesihatan Dungun, manakala teman lelakinya yang berasal dari Padang Nenas, Kuala Terengganu, kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk diambil keterangan selepas diikat jamin oleh keluarga masing-masing.

Pasangan yang mengaku bakal mengikat tali pertunangan itu akan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun, 29 Oktober nanti atas dakwaan khalwat mengikut Seksyen 31(a) (b), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Neelofa dan Hans Isaac Bercuti Bersama?

Neelofa
Hubungan antara aktres, Neelofa dan Hans Isaac, hangat diperkatakan setelah keduanya bergandingan dalam filem Lemak Kampung Santan, yang juga diarahkan oleh Hans, tahun lalu.
Semenjak itu, keduanya dilihat mesra dan rapat, biar pun menegaskan hubungan yang terjalin tidak lebih daripada seorang teman.

Terbaru, nama Neelofa dan Hans kembali hangat diperkatakan setelah keduanya dikatakan bercuti bersama-sama ke Koh Samui, Thailand, hujung minggu lalu.

Neelofa yang ditemui media sebaik tamat majlis tayangan filem terbarunya, Hantu Kapcai di Cathay Cinneplax, Mutiara Damansara, kelmarin, menegaskan, dia dan Hans bercuti di tempat yang berbeza dan tidak pernah berjumpa sepanjang tempoh berada di sana.

"Saya ke Phuket pada hari Ahad dan pulang pada hari Isnin, manakala Hans ke Koh Samui pada hari Khamis lalu dan tak silap saya, dia akan pulang esok (Rabu).        "Hans ke sana bersama kawan-kawan golf dia dan saya pula bersama kawan-kawan saya. Kami juga langsung tidak berjumpa sepanjang berada di sana.

"Saya rasa pihak yang menyebarkan cerita ini sengaja mahu menjatuhkan kami, sedangkan Nazim Othman juga bercuti di Phuket, tapi tak ada pula pihak yang mahu membuat cerita kami bercuti berdua di sana," jelasnya.

Khabar angin berkenaan mula tersebar ekoran Neelofa sendiri yang menulis di laman Twitternya memberitahu yang dia mahu ke satu destinasi di luar negara. Pada masa sama, Hans diberitakan juga berada di destinasi yang dituju aktres itu.
Aktres berusia 23 tahun ini mengakui menyesal menyampaikan perkembangannya di laman sosial Twitter kerana niatnya hanya untuk berkongsi dengan peminat.

"Saya akui sedikit kesal bila niat saya untuk berkongsi perkembangan dengan peminat dimanipulasikan. Kami sebenarnya hanya berkawan baik dan kebetulan bercuti di tempat yang sama. Saya ke sana pun untuk melepaskan tekanan kerja.

"Bagaimanapun saya terima segala spekulasi ini dengan hati terbuka. Saya anggap ini adalah lumrah hidup saya sebagai orang yang dikenali," katanya.

Menyentuh tentang kerjaya seninya, juara Dewi Remaja 2010/2011 ini bakal muncul dengan filem terbaru Hantu Kapcai arahan Ghaz Abu Bakar di samping Zizan Razak, Remy Ishak, Fizz Fairuz dan Hairul Azreen.

Selain itu, Neelofa juga akan sibuk dengan penggambaran program Nona dan dijangka memasuki set penggambaran filem Pilot Cafe hujung Oktober nanti.
-sumber dari majalah-

Apakah agaknya punca perpisahan Anne Ngasri dan Aliff Aziz?

anne-aliff Aliff Aziz dan Anne Ngasri kini telah membawa haluan masing-masing. Menurut Anne, perpisahan berlaku mungkin kerana tiada jodoh antara mereka (jawapan cliche) dan dia serahkan segala-galanya pada Allah. Apabila diminta mengulas punca perpisahan mereka, Anne Ngasri menjawab biarlah punca perpisahan mereka itu menjadi rahsia antara mereka berdua sahaja.
“Biarlah rahsia dan ia akan menjadi rahsia kami berdua sahaja,” jawabnya ringkas dan tidak mahu diminta lagi disoal mengenai peribadinya itu lagi apabila ditanya oleh portal Murai.
Dalam laporan sisipan akhbar BPop, Berita Minggu hari ini, Anne telah mengesahkan hubungan cintanya dengan penyanyi Sayang Sayang itu sudah pun putus. Namun keputusan dibuat bukan atas tekanan keluarga atau kenyataan kakaknya, Darling kepada rakan media sebelum ini. Bahkan ia hanya membabitkan dirinya dengan Aliff yang dikatakan cukup peribadi.
Ibu tunggal kepada tiga orang anak ini mula menjalinkan hubungan cinta bersama Aliff sejak awal tahun lalu dan sejak itu kisah hubungan cinta mereka selalu sahaja mendapat tumpuan ramai media dan peminat.
Kadang-kadang bukan nak fikir buruk, tapi selalunya isu-isu macam ni nampak sangat macam dah dirancang. Contohnya, artis nak saman blog hiburan. Lepas dah kecoh dalam media massa satu Malaysia, lepas tu kes tersebut langsung dah tak dengar cerita. Dan yang seperti kisah Anne dan Aliff Aziz ni, nampak macam “Nah aku kasi kau 10 ringgit, kita berlakon kononnya bercinta. Dah puas masuk paper nanti dan bila dah sejuk kisah kita, kita panaskan balik dengan kisah kita putus pulak. Deal?!!”. Mungkin lebih kurang macam tu la kot perancangannya. Tapi kami tak katalah si Anne dan Aliff Aziz ni punya perancangan macam tu. Tapi rata-rata kisah macam ni, sangat membosankan ye tak? Kalau dah sama-sama suka, nikah ajelah. Ini masa bercinta kepoh satu Malaysia, lepas tu putus pun kecoh satu Malaysia. Itulah artis kan, kahwin masuk Nona, bercerai masuk Melodi. -sumber dari majalah-

Wednesday 26 September 2012

Suspek Perogol Temuduga Ditangkap

                               

KUALA LUMPUR 26 Sept. - Seorang lelaki yang merogol dan merompak wanita selepas sesi "temuduga" yang dilakukan di dalam bilik hotel, ditahan polis awal hari ini di sebuah rumah di Seksyen 27, Shah Alam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata hasil risikan polis, lelaki berusia 29 tahun itu yang diklasifikasikan sebagai perogol bersiri dan amat dikehendaki polis sejak 2010, ditahan di rumahnya pada 2 pagi ketika sedang tidur.
Beliau berkata modus operandi lelaki itu ialah mengiklankan tawaran pekerjaan dengan gaji lumayan di internet, khas untuk golongan wanita sahaja.
Suspek akan menghubungi mangsa yang kononnya disenaraikan pendek bagi mengatur sesi temuduga di hotel-hotel mewah dengan meminta mangsa mendaftar masuk atas nama mangsa sendiri.
"Dia akan bagi alasan tak bawa kad pengenalan lah, duit tertinggal la. Ini semua bagi mengelakkan namanya direkod dan disyaki pihak berkuasa. Mangsa sebelum itu juga diminta membawa barangan berharga seperti I-Pad, telefon bimbit dan sebagainya," katanya.
Ku berkata selepas dirogol, barangan berharga milik mangsa juga dilarikan, namun, mangsa tidak dicederakan.
Beliau berkata suspek dipercayai terlibat dalam beberapa kes yang sama, yang dikesan sejak 2010 di Kuala Lumpur dan Selangor berdasarkan modus operandi yang digunakan.
"Namun kita percaya suspek terlibat dalam banyak lagi kes, (yang sama), namun tidak dilaporkan mangsa," katanya dan meminta kaum wanita yang pernah menjadi mangsa lelaki itu supaya tampil bagi membantu siasatan polis.
Beliau berkata suspek yang merupakan seorang jurujual direman pagi ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 dan 392 Kanun Keseksaan, masing-masing atas kesalahan rogol serta melakukan rompakan. - BERNAMA

Polis Tumpaskan Karaoke Sambil Layan Geli-Geli

Wanita warga Vietnam SERI KEMBANGAN – Berhibur ditemani gadis genit berpakaian menjolok mata! Itu antara pakej ditawarkan pengusaha pusat karaoke di kawasan komersil Putra Walk di Taman Pinggiran Putra di sini sejak setahun lalu.

Pengunjung dikatakan bukan sahaja boleh berkaraoke di bilik gelap namun turut dibekalkan wanita muda berpakaian seksi sebagai penyeri sekiranya mampu membayar kadar pakej khas ditawarkan.

Pegawai Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, Inspektor Roslin Mohd Isa berkata, bertindak atas maklumat awam pihaknya menyerbu premis yang pernah tiga kali diserbu sejak awal tahun lalu.

Menurutnya, lima warga Vietnam dan dua penjaga berusia antara 19 hingga dan 25 tahun serta dua pelanggan ditahan dalam Ops Noda bersama Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) lewat malam kelmarin.

Roslin berkata, premis didapati menjalankan perniagaan secara haram dan  tidak mempunyai lesen perniagaan sah daripada MPSJ

“Pengusaha didapati menawarkan tiga pakej berlainan kepada pelanggan termasuk aktiviti karaoke, minuman keras dan perempuan berpakaian seksi sebagai teman bersosial.

“Bayaran dikenakan antara RM150 hingga RM350 dan pihak kami mendapat maklumat mereka menjalankan perniagaan dari jam 8 malam hingga 5 pagi,” katanya.

Roslin berkata, pihaknya menolak kemungkinan berlaku aktiviti pelacuran di premis terbabit namun mengesyaki berlaku ‘tawar-menawar’ membawa wanita warga asing untuk menikmati layanan tambahan di tempat lain.

Katanya, hasil intipan sebelum ini mendapati wanita terbabit digunakan untuk berseronok dan berpelukan dengan pelanggan mereka.

“Kesemua ditahan termasuk dua penjaga akan disiasat di bawah Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1963,” katanya pelanggan juga di bawa ke IPD untuk diambil keterangan.

Sementara itu, semalam MPSJ diketuai Penolong Pengarah Penguatkuasa, Mazrul Zahar Mohamad mengambil tindakan menyita premis terbabit.

Video Kuliah Agama Ustaz Sayang Anda 2012



Assalamualikum. Di kesempatan ini saya ingin mengkongsikan video kuliah agama untuk tontonan umum. Biar kita miskin didunia tetapi senang diakhirat. Marilah kita sama-sama share video ini supaya lebih mendapat rahmat dan pentunjuk ke jalan yang lebih lurus lagi.

Tuesday 25 September 2012

Lelaki Ala-Ala Superman Dibelasah

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.88179.1348540234!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg

PETALING JAYA – Gara-gara membuat kacau, seorang lelaki dibelasah selepas enggan beredar dari kawasan perumahan   di Damansara Jaya, malam kelmarin.
Lelaki yang hanya memakai seluar dalam itu pada mulanya mahu meminta makanan dari salah sebuah rumah namun dia tidak mahu beredar dan menyebabkan suasana menjadi kecoh.

Kejadian jam 10 malam yang berlaku di Jalan ss 22/39 itu bermula apabila lelaki berusia dalam lingkungan 30an terbabit  berdegil dan terus meminta makanan dari satu rumah ke satu rumah yang lain meskipun ditegah dari berbuat demikian.

Sumber polis berkata, penduduk yang berang kemudiannya bertindak membelasahnya sebelum polis tiba.

“Pemeriksaan mendapati lelaki itu tiada sebarang dokumen pengenalan diri dan apabila ditanya, jawapannya berubah-ubah serta memberitahu berasal dari Indonesia,” katanya.

Lelaki itu yang cedera di bahagian kepala dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)  untuk rawatan lanjut.

5 Buah Kereta HONDA Di Curi


KUALA LUMPUR: Sepuluh penjenayah bersenjatakan parang, kapak dan pisau melarikan lima kereta mewah dianggarkan bernilai RM500,000 dari sebuah pusat pameran jualan kereta di Bandar Sungai Long, Kajang, dekat sini awal hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Azman Ayob, berkata kereta itu adalah tiga Honda Accord, sebuah Honda Civic dan sebuah Honda CRV.
"Mereka telah mengikat dua pengawal keselamatan dan dua orang daripada mereka menyamar menjadi pengawal keselamatan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata mereka dipercayai memecah masuk tingkat bawah premis dua tingkat itu kira-kira 3 pagi sebelum mengambil kunci kereta di dalam pejabat.

Polis menerima panggilan daripada pengawal keselamatan yang berjaya melepaskan diri kira-kira 7 pagi, katanya.

Azman berkata polis sedang meneliti kejadian itu berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di premis itu. - BERNAMA

Tiz Zaqyah dan Remy Ishak berpisah?

Tiz Zaqyah

Pengakuan aktor Remy Ishak mengenai hubungan cintanya bersama Tiz Zaqyah yang sudah berakhir sejak tiga bulan lalu, pastinya mengejutkan ramai peminatnya.
Menurut Remy, mereka tidak dapat memberi komitmen untuk meneruskan hubungan ke peringkat lebih serius.
Bagaimanapun, Tiz yang dihubungi Zass enggan mengulas isu tersebut. Mengakui perkara itu terlalu peribadi untuk dikongsikan, Tiz berkata, dia lebih selesa membiarkan Remy saja yang mengulas mengenai hubungan mereka.
"Saya bukanlah orang yang suka menjaja kisah peribadi. Perkara ini telah saya tegaskan sejak dahulu lagi.
"Saya tidak mahu peminat rancak memperkatakan mengenai kisah peribadi saya, tetapi kerjaya dan lakonan. Itu adalah tujuan utama saya menceburi bidang seni," kata Tiz.

       

Ketika diajukan mengenai orang ketiga, Tiz dengan pantasnya mengakui tiada masalah orang ketiga dalam hubungan mereka.
Tegas Tiz, walaupun dia tidak ingin mengambil pusing mengenai perkara itu, namun ia sedikit sebanyak mengganggu emosinya.

"Memang terasa terganggu namun saya perlu profesional dalam kerja. Saya tidak mahu mencampuradukkan masalah peribadi dengan kerja," katanya yang juga sedang menjalani penggambaran drama bersiri Cinta Jangan Pergi, bersama Remy.

Jet Itu Bukan Milik Saya "Anwar Ibrahim"



KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa jet peribadi yang digunakannya dalam kempen di Sabah dan Sarawak tengah bulan ini bukanlah miliknya tetapi milik 'rakannya'.

Menurutnya, rakannya itu meminjamkan jet peribadi jenis Dassault Falcon 7X tersebut untuk berkempen kerana masalah cuaca dan logistik yang dihadapi di kedua negeri Malaysia Timur itu.

“Pemilik jet itu membenarkan saya menggunakan jet itu kerana ingin membantu memandangkan di ketika itu saya amat memerlukan penggunaan jet tersebut,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Kata Anwar lagi, sebelum menggunakan jet peribadi itu, beliau bertanya dahulu kepada pemilik jet itu adakah dia berbuat baik kerana mempunyai kepentingan memiliki tanah di negeri bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) 'rakannya' itu menafikannya.

“Bantuan itu tidak terikat dengan apa-apa dan sekiranya saya diberikan peluang selepas ini untuk menggunakan bagi kempen pilihan raya, ia memang sangat diperlukan. Kalau boleh saya mahu pinjam lagi, “katanya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut menjelaskan bahawa jet tersebut berpangkalan di Kuala Lumpur dan berdaftar dengan Jabatan Penerbangan Awam.

Katanya lagi, jet tersebut digunakan untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Labuan, Kota Kinabalu, Kuching dan kembali ke Kuala Lumpur.

Monday 24 September 2012

Geng Curi Kereta Mewah Tumpas



IPOH — Polis menumpaskan satu sindiket curi kereta di negeri ini berikutan penahanan tiga lelaki yang merupakan penjenayah tegar, kata Ketua Polis Perak Datuk Mohd. Shukri Dahalan hari ini.
Beliau berkata, lelaki itu masing-masing berumur 31, 34 dan 37 tahun, mempunyai 10, lima dan empat rekod jenayah lampau antaranya bersangkutan kes dadah.
"Ujian air kencing terhadap ketiga-tiga mereka didapati positif dadah jenis Meth (Ais) dan kesemua suspek ditahan reman sehingga 28 September ini," katanya.
Mohd. Shukri berkata, berikutan serbuan ke atas mereka di sebuah hotel di Simpang Pulai, pukul 10.30 malam hari Jumaat lepas, polis menemui tiga buah kereta jenis Honda Civic, Toyota Wish dan Kia Spectra.
"Polis turut merampas dua anak kunci kereta Honda Civic dan Toyota Wish, lapan buah telefon bimbit, dua buah komputer riba jenama Acer dan HP Pavilion dan tiga cukai jalan palsu," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini.
Mohd. Shukri berkata tangkapan itu hasil maklumat orang awam yang mendapati nombor pendaftaran Kia Spectra itu didaftar pada sebuah lori.— BERNAMA

Van Persie Wira Manchester United vs Liverpool 9/12

LONDON: Jaringan penalti Robin van Persie membolehkan Manchester United menumpaskan Liverpool 2-1 pada saingan Liga Perdana Inggeris dI Anfield, sebentar tadi.

Liverpool terlebih dulu membuka jaringan menerusi kapten pasukan Steven Gerrard sebaik minit pertama separuh masa kedua bermula meskipun bermain dengan 10 pemain apabila
Jonjo Shelvey dilayangkan kad merah pada minit ke-39.Namun United menyamakan kedudukan menerusi sepakan kencang Rafael.

Ketika Liverpool mencari gol penyamaan, Antonio Velencia berjaya membuat larian sehingga dalam kotak penalti sebelum dijatuhkan pertahanan Liverpool, Glen Johnson untuk sepakan penalti yang disudahi van Persie pada minit ke-85.

Liverpool [1] (Gerrard 46) - Manchester United [2] (Rafael 51, Van Persie 81-pen)

Manchester City [1] (Lescott 40) - Arsenal [1] (Koscielny 82)
Newcastle [1] (Ba 19) - Norwich [0]
Tottenham [2] (Faurlin 60-og, Defoe 61) - QPR [1] (Zamora 33)

Sunday 23 September 2012

Lari Berbogel Minta Bantuan



KEMAMAN – Terkejut dengan perbuatan teman lelaki yang tergamak menodainya, seorang pelajar tingkatan dua yang berjaya melepaskan diri daripada kekasihnya itu, sanggup berlari dalam keadaan berbogel sambil menjerit meminta pertolongan.

Bukan itu sahaja, panik mendengar teman wanitanya menjerit, lelaki berusia 19 tahun dan juga berkeadaan bogel itu turut melarikan diri dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah kosong dekat sebuah kampung di Kemasik, kira-kira jam 8.30 malam kelmarin.

Namun dengan kecekapan polis, suspek, seorang penganggur berjaya ditangkap dua jam kemudian di kawasan kampung sama.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, ketika mangsa menjerit sambil berlari, pada masa sama teman lelakinya itu turut berlari sebelum menghilangkan diri.

“Sejurus mendengar jeritan mangsa, orang kampung datang ke kawasan rumah kosong itu untuk membantu.

"Dengan bantuan orang awam, mangsa kemudiannya membuat laporan polis. Susulan itu polis yang segera bertindak memburu suspek berjaya menahannya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Rumah kosong tempat suspek merogol mangsa adalah sebuah rumah yang telah siap dibina tetapi masih belum dimasuki penghuni.

Kata Che Suza, suspek direman bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan ibu bapa agar mengawasi pergerakan anak dan tidak membenarkan anak gadis keluar malam termasuk dengan kekasih kerana banyak kes ditakrif rogol apabila anak gadis dinodai teman lelaki sendiri.

“Ibu bapa perlu mengawasi pergaulan dan pergerakan anak terutama anak gadis. Pengawasan daripada keluarga penting bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku,” katanya.

Saturday 22 September 2012

Maut Sebelum Sampai Puncak Kinabalu



RANAU: Impian seorang lelaki menawan puncak Gunung Kinabalu tidak kesampaian apabila dia ditemui mati di Kilometer 3.6, Mesilau, ketika dipercayai cuba mendaki gunung tertinggi Asia Tenggara itu, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari, mangsa, Mohd Yusuf Sarip, 51, dari Kuala Lumpur dikatakan menyertai rombongan mendaki gunung itu awal pagi berkenaan.

Dia adalah individu terakhir daripada 42 peserta rombongan yang memulakan pendakian dari Mesilau ke puncak gunung itu kira-kira jam 9 pagi.
Bagaimanapun, mangsa dikatakan terpisah daripada rakan rombongannya dan hanya ditemui sudah tidak bernafas oleh jurupandu kumpulan pendaki lain.

Ketika ditemui, lelaki itu cuba diselamatkan jurupandu dengan melakukan bantuan pernafasan hampir 30 minit, tetapi dia tidak menunjukkan sebarang tindak balas.

Mangsa kemudian dibawa turun dan dihantar ke Hospital Ranau.
Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Abdul Rahman Kassim berkata, pihaknya menerima laporan mengenai seorang peserta ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu maut ketika mendaki gunung berkenaan.

“Mangsa ditemui telentang tidak bernafas di laluan di Mesilau oleh jurupandu yang baru sampai di laluan,” katanya.
Sementara itu dalam kejadian berasingan, seorang lelaki warga emas yang melawat Kolam Air Panas Poring meninggal dunia selepas sesak nafas.

Mangsa, Hari Singh Sarban Singh, 72, antara peserta rombongan sebuah pertubuhan dari Pulau Pinang yang melawat pusat rekreasi berkenaan.

Mangsa dalam perjalanan jam 2 petang ke kanopi rombongannya apabila dia tiba-tiba rebah dan sesak nafas sebelum disahkan meninggal dunia.

Rahman berkata, kedua-dua kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
-sumber dari harian metro-

Gaji Habis Bayar Tol

'Wang gaji habis bayar tol'

PUCHONG – Sebut sahaja tol, ia pasti membebani fikiran rakyat di Puchong.

Keluh mereka, hampir setiap laluan perlu melalui lebuh raya dan setiap kali itu jugalah RM1.60 hingga RM2.20 wang gaji mereka perlu dihabiskan membayar tol.

Jika mahu mengelak bayaran tol, pengguna terpaksa pula menggunakan laluan sempit atau tidak berturap sempurna namun, masa dan petrol pula yang terpaksa dibazirkan.

“Keluarlah ke mana sahaja dari Puchong, pergi kerja... pergi rumah saudara... pergi beli-belah... pergi hospital pun perlu lalu tol, memang rasa beban sangat apatah lagi hendak pergi kampung sebelah-menyebelah pun kena bayar tol juga,” kata Mohd Firdaus Shah Abdul, 30.

Menurutnya, dia perlu memperuntukkan kira-kira RM200 sebulan untuk melalui lebuh raya bertol itu sebelum dapat menuju ke destinasi dituju.

“Bayangkan hendak ke kampung sebelah-menyebelah misalnya dari Batu 13 ke Kampung Seri Puchong pun kena bayar tol RM1.60, memang kadang-kala rasa tidak berpuas hati dan sangat beban.

“Banyak barang yang kita takut berlaku kenaikan harga di negara ini tetapi di Puchong, penduduk pasti paling takut kalau harga tol naik ketika kadar sedia ada pun sudah cukup membebankan,” katanya yang berharap tol-tol di Puchong dapat dimansuhkan segera.

Penduduk dari Saujana Puchong, Tengku Shahrizal Affendi Tengku Mustapa, 27, berkata, dia terpaksa menggunakan lalun bertol kerana tiada pilihan.

“Kalau tidak ada duit, memang perlu lalu jalan alternatif tetapi perlu lalui empat kawasan dari Saujana Puchong melalui Puchong Perdana, Puchong Permai, Puchong Permata dan Kampung Bersatu untuk ke tempat kerja di Subang Jaya.

“Perjalanan tidaklah jauh mana jika guna tol tetapi yang menyesakkan adalah kadarnya mahal,” katanya.

Tengku Shahrizal berkata, rakyat mahu kadar tol dapat dikurangkan supaya wang berkenaan dapat diperuntukkan membeli keperluan lain lebih penting.

“Kalau boleh kurang tol dari RM1.60 kepada RM1 pun tidak mengapa tetapi kalau kadarnya diturunkan kepada RM0.50 lebih bagus,” katanya.

Seorang lagi penduduk Puchong yang menjalankan perniagaan warung, Maisarah Hamzah, 42, berkata, kewujudan tol memang membebankan peniaga kecil-kecilan sepertinya.

Katanya, dia terpaksa membayar tol empat kali setiap hari untuk ke pasar borong di Seri Kembangan dan menjalankan perniagaan berdekatan USJ.

“Pendapatan perniagaan tidaklah seberapa, tetapi yang menyebabkan pulangan tidak seberapa kerana perlu membayar tol dan sebagainya.

“Kita minta kerajaan prihatin dengan masalah penduduk di Puchong kerana kami memang sudah meluat dengan tol di sana dan di sini” katanya.


INFO KADAR TOL

Tol Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak)

Puchong Barat     = RM1.60 (Puchong –USJ)

Puchong Selatan     = RM1.60 (Puchong-Seri Kembangan)

Petaling Jaya Selatan     = RM1.60 (Puchong-Bandar Sunway)

Lebuhraya Shah Alam (Kesas)     = RM2.20 (Puchong-Shah Alam)

Friday 21 September 2012

Budak 14tahun Ponteng Sekolah Dirogol Rakan



KUALA TERENGGANU -  Tindakan seorang pelajar perempuan tingkatan dua sebuah sekolah menengah di sini, yang mengikut rakan lelaki sekelasnya ponteng sekolah membawa padah apabila menjadi mangsa rogol oleh rakannya itu.

Dalam kejadian pada 17 September lalu, mangsa, 14, dipercayai tidak mengikuti sesi pembelajaran seperti biasa dan mengikut suspek, 14, bersiar-siar di kawasan bandar raya ini, sebelum dirogol di dalam kawasan semak.

Bagaimanapun, kejadian itu hanya terbongkar selepas mangsa dimarahi ibu bapanya setelah dimaklumkan pihak sekolah berhubung perbuatannya yang ponteng sekolah pada hari kejadian.

Ibu bapa mangsa yang tidak berpuas hati dengan masalah disiplin anak mereka akhirnya mengambil keputusan membawa mangsa berdepan dengan guru kaunseling sekolah berkenaan pada keesokan harinya, bagi mendapatkan sesi kaunseling.

Namun, selepas diberi kaunseling dan dipaksa menceritakan kejadian sebenar, mangsa baru membuka mulut memberitahu kejadian itu sebelum kedua ibu bapanya mengambil keputusan membuat laporan polis di Balai Polis Chabang Tiga, di sini.

Susulan laporan dibuat, suspek yang berasal dari Kampung Seberang Baruh, Chabang Tiga, ditangkap di kediamannya kira-kira jam 2.40 pagi semalam.

Sementara itu, Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen, di sini, Mohd Rusli Ahmad, semalam membenarkan suspek direman empat hari bermula semalam untuk disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

"Mat Rempit" Lepas Tangan Awek Hamil



KULIM - Kerana ditipu kekasih, seorang remaja berusia 16 tahun kini terpaksa menanggung masalah dihadapi sendirian setelah doktor mengesahkannya hamil. Ini kerana terlalu meminati lelaki yang menaiki motosikal sehingga sanggup membuat apa sahaja demi cinta dan termakan kata-kata manis.

Lebih mengecewakan, kekasihnya "mat rempit" berusia 17 tahun yang sebelum ini berjanji akan menikahinya bersikap lepas tangan dan menuduh anak dalam kandungannya itu milik orang lain.

Dia, yang hanya ingin dikenali sebagai Mimi berkata, kejadian berlaku di rumah teman lelakinya apabila kedua-dua mereka bertindak ponteng sekolah.

Katanya, memandangkan tidak ada wang dan tempat untuk pergi, teman lelakinya mempelawa balik ke rumahnya untuk berehat sehingga tamat waktu sekolah.

“Pada mulanya saya memang takut untuk melakukan hubungan seks dengan kekasih saya itu. Saya bimbang sekiranya mengandung, namun termakan dengan pujuk rayunya, saya bersetuju untuk melakukan perbuatan sumbang itu bersamanya.

“Sebagai pelajar sekolah, saya masih tidak tahu apa-apa tentang hamil, walaupun saya sudah tidak datang haid selama empat bulan. Sehinggalah pada bulan kelima, saya rasa seperti ada sesuatu bergerak dalam perut.

“Saya kemudiannya pergi ke klinik untuk menjalani ujian air kencing dan doktor mengesahkan saya hamil. Saya cuba hubungi kekasih saya itu tetapi dia sudah menukar nombor telefon,” katanya.

Memandangkan keadaan perutnya yang semakin membesar, Mimi kemudiannya memaklumkan kejadian yang berlaku kepada keluarganya.

Malangnya, keluarga mengusirnya keluar dari rumah kerana rasa terhina dengan perlakuannya. Mimi kemudiannya pergi berjumpa seorang rakan dan menceritakan masalah dialaminya. Kerana simpati, rakannya itu membenarkan Mimi tinggal di rumah sewanya sehinggalah dia bersalin.

“Ketika dalam pantang, saya didatangi sepasang suami isteri yang tidak mempunyai anak. Mereka meminta kebenaran untuk menjaga anak saya. Saya tidak ada pilihan lain selain menyerahkan bayi perempuan saya kepada mereka.

“Saya tidak berniat untuk menjualnya, tetapi kerana ketiadaan wang, saya terpaksa meminta RM1,500 daripada pasangan itu,” katanya.

Katanya, kerana cinta dia hilang keluarga, anak dan sekolah dan berharap golongan remaja lain menjadikan apa yang berlaku kepadanya sebagai iktibar.

“Kerana terlalu sayang seorang lelaki yang masih mentah dan terlalu taksub pada cinta, akhirnya saya tinggal berseorangan. Ingatlah usia muda hanya datang sekali dan jangan kita sia-siakannya,” katanya.

Ribuan Membanjiri KL Bantah Filem Hina Islam



KUALA LUMPUR, 21 Sept — Ribuan umat Islam membanjiri Kuala Lumpur, mengenepikan perbezaan ideologi politik mereka demi membantah filem “Innocence of Islam” yang menghina Nabi Muhammad S.A.W sepertimana berlaku dinegara-negara lain.

Dua perhimpunan serentak anjuran pemuda Umno dan pemuda PAS dihadiri oleh ribuan orang dengan slogan “Allahuakhbar” dan anti Amerika Syarikat (AS).
Diluar kompleks Tabung Haji di Jalan Tun Razak, protes yang diketuai oleh pemuda PAS dihadiri sekurang-kurangnya 5000 orang termasuk dua badan bukan kerajaan (NGO) Teras dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Sebaik sahaja solat Jumaat, kumpulan tersebut berkumpul sebelum berarak ke kedutaan AS melalui Lorong Kuda sambil mengibarkan bendera PAS, Malaysia, Arab Saudi dan Sang Saka Malaya sambil melaungkan “hancur AS dan Zionis”.
“Amerika mesti mengambil tanggungjawab penuh dalam isu ini.
“Kami akan tunjukkan bahawa kesabaran umat Islam dan bukan Islam ada hadnya.
“Jika mereka meneruskan dengan ini, kita akan mengambil lebih banyak tindakan,” kata Azmi Abdul Hamid, presiden Teras.

Serius Lawak Giler



Mahu buat demo cara guna, tetapi bos yang lari dulu

Wanita Ditangkap Khalwat Dalam Proses Penceraiaan



KLUANG - Seorang wanita yang menyangka dirinya telah sah diceraikan oleh suaminya kira-kira tiga bulan lalu dicekup berkhalwat dengan seorang lelaki di sebuah rumah di Taman Seri Impian, dekat sini, malam kelmarin.


Pasangan terbabit dicekup Bahagian Penguat kuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) daerah Kluang kira-kira jam 5 pagi selepas menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat pasangan terbabit.

Pegawai Tadbir Tadbir JAJ daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, selepas 10 minit pintu rumah diketuk, wanita berusia 27 tahun itu membuka pintu dalam keadaan baru bangun tidur dan kelihatan bersamanya seorang lelaki berusia 26 tahun.

Menurutnya, pemeriksaan dijalankan mendapati pasangan terbabit tidak mempunyai ikatan perkahwinan, manakala wanita yang mengaku dari Sabah itu mendakwa dirinya telah diceraikan kira-kira tiga bulan lalu.

“Namun, setelah semua dokumen tentang perceraian diperiksa, mendapati wanita tersebut masih dalam proses perceraian dan ianya belum diputuskan oleh Mahkamah Syariah lagi,” katanya.

Mohd Khalil berkata, pasangan tersebut juga mengaku sebagai saudara sepupu.

“Walau bagaimanapun mereka tetap didakwa berkhalwat dan akan disiasat di bawah Seksyen 27(1) a&b Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 yang boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Apa yang menjadi kekeliruan kepada wanita itu adalah hanya berpandukan mesej menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar suaminya dan surat arahan untuk datang ke Mahkamah Syariah bagi menentukan keputusan kes tersebut.

“Tetapi wanita tersebut tidak datang pada hari yang ditetapkan dan mempercayai apa yang dikatakan oleh suaminya itu menyebabkan dia yakin mereka telah bercerai,” katanya.

-sumber dari sinar-

Ibu Di Ikat Anak Di Rogol Bergilir-Gilir




KUALA LIPIS: Manusia bertopengkan setan. Itu gelaran paling tepat bagi dua lelaki apabila bukan saja mengheret dan mengikat seorang suri rumah, malah turut merogol anak mangsa selepas membawa gadis itu ke dalam bilik air dalam kejadian di Kampung Gemunchor, dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 10 malam itu, dua lelaki terbabit yang menaiki sebuah kereta berhenti berhampiran rumah mangsa sebelum masuk melalui pintu belakang yang tidak berkunci.

Difahamkan, dua lelaki terbabit yang dipercayai tinggal di kampung sama, dikatakan sudah memerhatikan mangsa yang berusia 17 tahun sejak beberapa hari lalu sebelum merancang melakukan jenayah berkenaan.
Ketika berada di rumah mangsa, dua lelaki terbabit bertindak agresif apabila memukul ibu remaja itu sebelum mengheret dan mengikatnya menggunakan tali.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, selepas mengikat suri rumah berusia 40 tahun itu, dua lelaki terbabit kemudian menarik mangsa yang berada di ruang tamu menuju ke bilik air.

Menurutnya, siasatan awal mendapati selepas merogol mangsa, dua lelaki terbabit turut merampas gelang tangan ibu mangsa sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta.

Katanya, sebaik dua lelaki terbabit melarikan diri, mangsa yang bersekolah di sebuah sekolah menengah di sini, berlari ke rumah kakaknya terletak 500 meter untuk meminta bantuan.

“Bagaimanapun, pelajar tingkatan lima itu yang berlari dalam keadaan separuh bogel pengsan sebelum kakaknya bergegas ke tempat kejadian untuk melihat keadaan sebenar.

“Mangsa yang tersedar daripada pengsan kemudian menceritakan kejadian menimpanya sebelum membuat laporan di Balai Polis Kuala Lipis,” katanya.

Menurut Abdul Razak, mangsa bersama ibunya kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk pemeriksaan.

Katanya, susulan kejadian itu, polis melancarkan gerakan memburu dua lelaki terbabit selain meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu tampil ke Balai Polis Kuala Lipis bagi membantu siasatan.

-sumber dari harian metro-

Penduduk Minum Air Mayat Reput



Sejumlah 337 penghuni perumahan Taman Titingan di Tawau hari ini memfailkan tuntutan saman berjumlah RM100 juta terhadap Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dan Jurunilai & Perunding Hartanah Sabah (JPHS) atas dakwaan cuai sehingga menyebabkan mayat hampir reput dijumpai di dalam tangki simpanan perumahan berkenaan.
  
Penduduk yang diwakili peguam Chong Kian Ming, memfailkan saman terhadap MPT sebagai defendan pertama dan JPHS selaku defendan kedua di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau kira-kira jam 2.45 petang.
  
Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa pada 12 Mei 2012, selepas beberapa kali membuat aduan sejak 30 April 2012 berhubung bau air paip tidak menyenangkan di perumahan itu, seorang daripada pekerja defendan menjumpai mayat hampir reput di dalam satu daripada tangki simpanan air perumahan itu.

Plaintif juga mendakwa sejak 20 April 2012, mereka menyedari perubahan bau air tidak menyenangkan yang dibekalkan kepada mereka dari tangki simpanan berkenaan dan mereka telah meminum serta menggunakan air dari tangki yang dicemari mayat hampir reput itu.
  
Menurut plaintif, penemuan mayat hampir reput yang tidak diketahui identitinya dan bukan penghuni perumahan itu di dalam satu daripada tangki simpanan perumahan Taman Titingan, adalah disebabkan kecuaian defendan kedua yang merupakan ejen defendan pertama.
  
Plaintif mendakwa pihak defendan telah melakukan enam kecuaian termasuk membiarkan tangki simpanan berkenaan tidak dikawal sehingga memudahkan sesiapa sahaja memasukinya dan gagal menghalang si mati daripada memasuki kawasan perumahan seterusnya masuk ke dalam satu daripada tangki simpanan di situ.

Plaintif mendakwa pihak defendan telah cuai sehingga gagal mengambil langkah berkesan bagi menghalang sesiapa sahaja daripada memasuki kawasan tangki simpanan air perumahan itu.
  
Defendan juga didakwa cuai dengan tidak mengambil langkah berkesan sama ada memeriksa dan menjalankan ujian bagi memastikan tidak ada dan tidak akan ada risiko pencemaran apabila plaintif membuat aduan kepada defendan kedua mengenai perubahan bau air berkenaan.
  
Plaintif mendakwa disebabkan kecuaian defendan berkenaan, mereka telah terminum air tercemar dalam tempoh tertentu dan akibatnya mereka sangat tertekan.
  
Selain menuntut RM100 juta, plantif juga menuntut supaya semua paip di dalam atau di luar rumah penghuni serta kesemua tangki simpanan air perumahan berkenaan diganti dengan yang baharu.
  
- Bernama

Thursday 20 September 2012

Umur Baru 19 Rogol 2 Wanita Usia 22 dan 23



KUALA LUMPUR 20 Sept. - Seorang pelajar kolej swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret dan Sesyen Ampang di sini hari ini, atas dua pertuduhan iaitu mencabul dan merogol dua wanita.
Di Mahkamah Majistret, Ahmad Farid Abdul Jalil, 19, dari Cheras Baru, didakwa mencabul rakannya yang berusia 23 tahun, di dalam sebuah kereta, di tepi jalan Lebuh Raya Hulu Langat, Ampang, pada 8.22 malam, 13 Mei lepas.
Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.
Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman membenarkan Ahmad Farid diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan syarat tambahan iaitu dia tidak boleh mengganggu mangsa.
Mahkamah menetapkan 6 Nov untuk sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene.
Di Mahkamah Sesyen, Ahmad Farid didakwa merogol seorang pelukis draf berusia 22 tahun, di kawasan lapang Menara Tinjau, Jalan Ampang, Selangor, pada 12.30 malam, 11 Sept lepas.
Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 30 tahun atau dengan sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.
Hakim Roszianayati Ahmad membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Okt untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Fadzlin Abd Zawawi. - BERNAMA

Zack New Boyz Berdepan Hukuman Gantung




Pasti ramai pembaca membesar dengan lagu kumpulan New Boyz. Tidak kiralah samaada anda menyukainya atau membenci, namun mahu atau tidak tetap mengenali lagu-lagu mereka yang begitu popular suatu ketika dulu. Sehinggalan New Boyz mula suram dan ahli kumpulan bersilih-ganti sehinggalah Tomok membawa haluan secara solo dan akhirnya kekal popular hingga ke hari ini selepas memenangi pertandingan One In a Million.

Bagaimana pula dengan yang lain? Radin Irwan Dzul Karnain Isagani, 32, atau Zack merupakan pemain bass untuk kumpulan itu. Seingat kami, Zack bukanlah ahli asal kumpulan New Boyz tetapi menggantikan pemain Bass asal yang mengundur diri ketika itu. Kalau tak silap kami, Syuk ke atau apa namanya. Apapun itu semua kisah lama.
                                     
                                                                          Zack dua dari kiri

Apa yang terkini, Zack kini berdepan dengan hukuman gantung apabila didakwa atas tuduhan mengedar 1.321 KG ganja di sebuah kondominium di Damansara, dua tahun lalu. Menurut laporan sebuah akhbar tempatan, Zack didakwa mengedar 1.321kg ganja di K-11-9, Jalan PJU 6, Persiaran Pelangi Damansara, Petaling Jaya, jam 9.20 malam, pada 26 Januari 2010.

Zack yang juga bapa kepada dua anak didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Bagaimanapun, perbicaraan kes Zack itu akan disambung pada 24 September depan selama lima hari berturut-turut.
Sebelum ini juga, ada banyak pihak yang berasa pelik dengan kehidupan Zack yang dikatakan terlalu mewah dan ramai yang mempersoalkan pekerjaannya. Apapun kita tunggu sahaja perkembangan kisah ini selepas perbicaraan bersambung nanti.

-sumber dari majalah-

Mamat Sepah menghilangkan diri "Filem Sepah 29 Nov"




PETALING JAYA
: Sikap Mamat dari kumpulan Sepah menjadi tanda tanya kepada bekas dua ahlinya yang lain iaitu Jepp dan Shuib apabila pelawak itu sukar untuk dihubungi sejak mereka disahkan berpecah.
Jepp atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin berkata, dia bingung apakah punca Mamat menjauhkan diri daripada mereka termasuklah tidak menjawab panggilan telefon yang dibuat kepadanya.
"Entah sebab apa jadi begitu, saya kurang pasti? Orang lain telefon dia jawab, kalau kami yang telefon pula, dia tidak mahu mengangkat. Tapi kami dengan hati tulus masih lagi ingin berkawan dengannya.
"Tambahan pula saya dah berbelas tahun menjadi sahabat dengan Mamat. Kalau boleh tak mahulah perhubungan ini menjadi keruh," katanya.
Bagaimanapun tambah Jepp, dia mengambil hal itu secara positif dengan menganggap Mamat mungkin sibuk kerana pelbagai urusan kerja.

"Setakat ini kami tidak ada apa-apa isu. Malah sepanjang penggambaran filem Sepah The Movie pada tahun lalu, kami bersikap profesional walaupun pada awalnya tiada keserasian antara kami," ujarnya.
Ditanya adakah ketiga-tiga mereka akan kembali bersatu dalam kumpulan Sepah, kata Jepp, hal itu tidak mungkin akan berlaku memandangkan mereka telah membuat haluan sendiri.
"Rasanya lebih senang kami dengan haluan kerja masing-masing. Dan untuk memikirkan yang Sepah akan bersatu, itu tidak mungkin.
"Projek Sepahtu dibuat pun kerana album lagu antara saya dan Shuib yang diterbitkan oleh syarikat Mawi (MW Entertainment Sdn Bhd). Alhamdulillah, saya lihat sehingga kini, karier kami semakin stabil," ujarnya.
Sementara itu, Sepah The Movie bakal ditayangkan pada 29 November depan dan ia turut dibarisi pelakon Anzalna dan Jehan Miskin.
Filem itu mengisahkan tentang ragam tiga lelaki bujang yang bekerja di sebuah kilang elektronik.
Jep, Shuib dan Mamat yang berkawan rapat sejak kecil mempunyai hobi sama iaitu gemar dengan sukan motor lasak atau motor cross. Mereka yang dikenali sebagai 'Sepah' merupakan juara sukan tersebut di Johor Bahru.

Wednesday 19 September 2012

Mencari perkerjaan tetapi dirogol




KUALA LUMPUR 19 Sept. - Polis Kuala Lumpur sedang menjejaki seorang lelaki yang dipercayai merogol dan merompak siswazah wanita yang terpedaya dengan tawaran pekerjaan dan pendapatan lumayan daripada suspek.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata setakat ini polis menerima dua laporan membabitkan dua gadis, masing-masing berusia 23 dan 24 tahun.
Suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an menggunakan Internet untuk mencari mangsa dan kemudian mengatur sesi "temu duga" di hotel bajet sekitar Lembah Klang, katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Khairi berkata mangsa yang percaya dengan tawaran terbabit akan ke hotel berkenaan namun dirogol dan disamun.
Katanya kes terkini berlaku empat hari lepas membabitkan lulusan diploma berusia 24 tahun yang dirogol dan dirompak di sebuah hotel bajet di Cheras.
Polis bagaimanapun gagal mengesan suspek kerana namanya tidak didaftarkan di hotel terbabit, katanya.
Khairi berkata kes pertama berlaku bulan lepas, membabitkan gadis berusia 23 tahun.
Sehubungan itu polis menasihati golongan wanita yang mencari kerja agar berhati-hati, terutama jika diminta hadir temu duga di bilik hotel murah, katanya. - BERNAMA

Bomoh tipu dan rogol 4 mangsa



Seremban
: Seorang bomoh berusia 48 tahun ditahan kerana memperdayakan empat wanita yang mengikuti rawatannya dengan menjadi isterinya melalui upacara pernikahan batin.

Dia yang berasal dari Kuala Lumpur mengenakan syarat, pesakit perlu membayar RM200 dan menjadi isterinya selama 100 hari, kononnya bagi membolehkan mereka melakukan hubungan seks.
Mangsa dipukau

Bagaimanapun, dalam kes sebelum ini, mangsa mendakwa mereka dipukau ketika bertemu lelaki yang berlagak alim itu dan hanya menyedari dirogol apabila tersedar dalam keadaan berbogel.

Bagaimanapun, lelaki terbabit ditahan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di rumah seorang mangsanya di Kampung LBJ Labu dekat sini, jam 12.30 tengah hari semalam.

Ketika ditahan, dia hanya memakai seluar dalam dipercayai bersedia untuk melakukan hubungan seks dengan wanita berusia 24 tahun yang sudah berkahwin itu.

Dapatkan rawatan kerana masalah zuriat
Ketua Bahagian Penguat Kuasa JHEAINS, Ahmad Hussaini Mustapha, berkata suspek ditahan hasil maklumat awam.

Siasatan mendapati mangsa menemui lelaki itu untuk mendapatkan rawatan kerana masalah tidak mendapat zuriat selepas lima tahun berkahwin, katanya di sini, semalam.

Guna ayat suci al-Quran

Beliau berkata, lelaki terbabit didapati menggunakan ayat suci al-Quran bagi meyakinkan wanita yang menemuinya untuk rawatan berkaitan kemurungan dan masalah rumah tangga.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 49, 50, dan 77 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 iaitu mencela agama Islam, menggunakan ayat suci al-Quran secara salah dan memperdaya serta melarikan wanita untuk seks.

Ahmad Hussaini berkata, jika sabit kesalahan dia boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya.

Lelaki itu menjadi tangkapan pertama membabitkan aktiviti nikah batin di negeri ini akan dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Seremban hari ini.
-sumber dari berita harian-

21/9/2012 "jangan hina nabi kami" tolong share



Kuala Lumpur : Umat islam di Malaysia mula mengambil langkah untuk membuat bantahan tentang terbabitnya filem "Innocence of muslims" yang menghina Nabi Muhammad S.A.W. Meraka juga akan mula berkumpul di Masjid Tabung Haji Jalan Tun Razak selepas solat jumaat dan mula berarak bergerak ke kedutaan Amerika.

Telur kemaluan rosak akibat dibuli



PETALING JAYA: Tangan diikat ke belakang kerusi sebelum kemaluan ditendang berulang kali. Itu penyeksaan yang ditanggung seorang pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah di sini selepas dibuli dua rakan sekelasnya dalam kejadian pada 10 September lalu.
Berikutan kejadian itu, testis kiri mangsa rosak 80 peratus.

Menceritakan kembali kejadian itu, mangsa, S Jayakumar, 13, berkata, pada hari kejadian dia sedang berehat di kelasnya selepas waktu makan pada jam 5 petang sebelum didatangi seorang rakan sekelasnya.

Menurutnya, dengan tiba-tiba rakannya menarik kedua-dua tangannya ke belakang sebelum mengikatnya di kerusi dan apabila dia meronta kesakitan, seorang lagi rakan sekelasnya masuk.

“Saya menyangka rakan kedua itu menolong saya sebaliknya keadaan menjadi lebih teruk apabila dia mendekati saya dan menendang kemaluan saya dengan lututnya berulang kali.

-sumber dari harian metro-

Tuesday 18 September 2012

FILEM LANGGAR 2012 Terbaru


Nantikan kemuculan nya oktober ini.
di bintangi oleh Pelakon Adi Putra, Namron, Khir Rahman, Natasha Hudson, Nadia Heng, Hans Isaac, Bell Ngasri, Zul Huzaimy, Zalif Sidek, Alex Yanz, Collan Khoo, Komeng dan Daniel.

ustaz azhar dan JKK sensitif

Kes khalwat Beego belum selesai



KUALA LUMPUR 18 Sept. - Perbicaraan kes khalwat pelakon dan bekas penyanyi kumpulan Phyne Ballerz, Beego serta dua rakannya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini ditangguhkan sehingga 4 Disember ini.
Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin menetapkan demikian selepas membenarkan permohonan peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan yang memaklumkan pihaknya baru sahaja menghantar surat representasi berhubung kes itu pada Jumaat lalu ke pejabat Ketua Pendakwa Syarie.
Pegawai Pendakwa Syarie dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shafezan Rusli pula memberitahu beliau masih belum menerima sebarang surat representasi dan dokumen yang disebut oleh pihak pembelaan mengenai kes berkenaan.
Shafezan juga memohon mahkamah agar tidak lagi menangguhkan perbicaraan jika selepas ini pihaknya masih tidak menerima sebarang dokumen berkenaan kerana kes tersebut melibatkan kepentingan awam.
Beego atau nama sebenarnya, Md. Aszerul Nizam Abdullah, 32, didakwa bersama-sama dua rakannya, Fikry Zainon dan Mohd. Arsli Meor Atan Ahmad berkhalwat dengan dua kenalan wanita mereka, Azlina Yazit @ Aziz serta Hadijah Mohamad Mokhar di Oakleaf Kondominium, Bukit Antarabangsa, Ampang di sini pada pukul 6 pagi, 23 Februari 2011.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 20(1)(a) bagi lelaki dan Seksyen 20(1)(b) bagi perempuan, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang masing-masing membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya.
Azlina dan Hadijah yang berusia awal 30-an didenda RM3,000 atau penjara enam bulan setiap seorang setelah mereka mengaku bersalah atas tuduhan tersebut. Kedua-duanya membayar denda terbabit.
-sumber dari utusan malaysia-

Najib bimbang dengan kebangkitan PAS


KUALA LUMPUR:
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertujuan menimbulkan ketakutan di kalangan orang Melayu.

Kenyataan Najib itu juga didakwa sebagai cubaan secara halus untuk menanamkan sifat kebencian orang Melayu terhadap orang bukan Melayu.
"Najib bimbang dengan kebangkitan rakyat, atas sebab itu cuba menggambarkan kepada orang Melayu, survival politik melayu akan hilang jika tidak memilih Umno dalam pilihan raya umum akan datang," kata beliau pada sidang media, di Pejabat Agung PAS, pagi tadi.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Najib yang mengatakan survival politik Melayu Islam akan hilang jika memilih BN dalam pilihan raya umum akan datang.
Najib dikatakan berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat Umno Pekan, 15 September lalu.
Tambah Mahfuz, kebimbangan Najib itu menyebabkan presiden Umno itu mengambil pendekatan tersebut, sedangkan apa yang dibimbangi beliau sebenarnya ialah kehilangan kuasa Umno itu sendiri.
Justeru, Mahfuz mengingtkan rakyat agar melihat persoalan ini dengan serius bagi membuat perubahan pada pilihan raya umum akan datang.
Lebih-lebih lagi, katanya ungkapan Najib itu tidak wajar dikeluarkan ketika seluruh rakyat Malaysia berada di ambang sambutan Hari Malaysia.
Beliau juga meminta Najib menghentikan politik kuno tersebut, yang tidak memberikan keuntungan kepada sesiapa, melainkan kepada BN itu sendiri.
-sumber dari berita harakah-

comel kanak2 ini buat mimik muka - somebody that i used to know

Kereta terbang seperti kapal terbang


LONDON: Satu kemalangan membabitkan dua kenderaan bukan saja mencemaskan orang ramai, malah turut menyebabkan mereka kehairanan.
Dalam kejadian awal pagi semalam itu, sebuah kereta Lexus berwarna perak melayang sebelum merempuh dinding bilik tidur sebuah rumah di tingkat satu yang terletak kira-kira 24 meter dari situ.

Menurut saksi, sebelum itu, pemandu kereta Lexus berkenaan terbabas sebelum merempuh sebuah kereta lain yang diletakkan di kawasan sama. Katanya, pelanggaran itu menyebabkan kereta terbabit melambung dan melayang merempuh rumah berkenaan.
Rempuhan itu menyebabkan dinding tingkat atas rumah berkenaan berlubang. “Penghuni rumah itu sedang tidur apabila kereta berkenaan merempuh bangunan mereka kira-kira jam 3 pagi,” katanya. Bagaimanapun, pasangan suami isteri serta dua anak mereka yang ada di situ ketika kejadian tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pemandu kereta Lexus itu pula, katanya, hanya mengalami kecederaan ringan.

“Dua lelaki yang jadi penumpang juga dihantar ke hospital kerana kecederaan ringan,” katanya. Sementara itu, jurucakap polis Epsom di Surrey berkata, selain bilik tidur utama, bilik air di sebelahnya juga rosak. “Lima kereta, satu peti surat dan pagar juga rosak,” katanya. Seorang jurutera struktur menyiasat tempat kejadian bagi memastikan bangunan itu selamat ketika polis menjalankan siasatan bagi mengetahui bagaimana ia boleh berlaku. - TS
-sumber dari harian metro-

Rusuhan di Indonesia hampir merebak ke Malaysia


18 Sep 2012 Kuala Lumpur: Penduduk islam di Malaysia mula mahu mengutuk tindakan pihak yang menghina agama islam dan mula mengikuti cara tindakan Indonesia dengan menyerang kedutaan Amerika. Ramai dikalangan orang islam Malaysia sudah mula bertindak meluahkan perasaan tidak puas hati di Facebook dan Twitter. Innocence of muslims telah di upload di youtube pada jumaat lepas dan sudah melebihi 6 juta orang yang telah menonton video tersebut. Video tersebut telah mengandungi perkara-perkara yang menghina nabi Muhammad S.A.W yang di upload oleh seorang berbangsa yahudi. Penduduk di Malaysia sudah mula merangcang untuk membuat demokrasi secara aman di depan kedutaan Amerika dan mahu pihak yang bertanggungjawab di bawa ke mahkamah dan menerima hukuman yang berat. Pihak polis pada masa kini masih lagi mengawal ketat di kedutaan Amerika dan tidak mahu perkara yang berlaku di negara lain akan terjadi di Malaysia juga.

Monday 17 September 2012