PETALING JAYA: Salah
seorang anak Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K telah bertemu
pelakon Rozita Che Wan secara peribadi untuk mengetahui adakah benar
wanita itu mahu mengahwini bapanya.
Rozita,
38, berkata, dia terkejut apabila seorang lelaki datang menemuinya di
sebuah majlis baru-baru ini bertanyakan kebenaran gosip berkenaan.
"Saya
tidak mengenali Datuk K secara peribadi dan begitu juga anak beliau.
Dia tiba-tiba menyapa saya di sebuah majlis tertutup dan bertanya
mengenai perkara berkenaan," katanya.
Rozita sebelum ini pernah dikaitkan dengan Datuk K dan mereka kononnya dikatakan telah berkahwin secara senyap.
Dalam
pada itu, Rozita memohon semua media dan penulis blog di negara ini
menghentikan spekulasi melibatkan dirinya dengan Datuk K kerana tidak
mahu melukai hati penyanyi Siti Nurhaliza.
"Saya
tidak mahu menyakiti hati Siti dengan cerita-cerita yang tidak benar
sebegini tambahan pula saya memang tidak berminat dengan lelaki yang
sudah berkahwin," ujarnya.
Sementara
itu, Rozita menjelaskan dia kini selesa hidup sendirian dan akan lebih
berhati-hati mencari cinta selepas rumah tangganya hancur sebelum ini.
Rozita
berkata, dia sentiasa mengambil pengajaran daripada kegagalan
perkahwinannya yang lalu dan mengakui cerewet apabila melibatkan lelaki.
Malah
jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan duda, dia akan memastikan lelaki
tersebut tidak mempunyai anak kerana tidak mahu bergaduh dengan
anak-anak tirinya.
"Saya
cuma akan berkawan dengan lelaki bujang atau pun duda yang tidak
mempunyai anak kerana saya tidak mahu anak-anaknya menghadapi masalah
dengan saya.
"Saya
tertarik kepada lelaki yang baik, tidak ego dan dapat menjaga rumah
tangga dengan sempurna walaupun dia tidak sekaya mana," katanya.
Tambah
Rozita, paling penting lelaki yang ingin mendampinginya mestilah boleh
menerima dua anak lelakinya yang telah meningkat usia remaja.
"Anak-anak
tidak meletakkan kriteria calon suami saya kerana paling penting lelaki
itu dapat mengembirakan saya dan menyayangi mereka seperti anak
sendiri," ujarnya.
No comments:
Post a Comment