Followers

Pages

Friday 21 September 2012

Ribuan Membanjiri KL Bantah Filem Hina Islam



KUALA LUMPUR, 21 Sept — Ribuan umat Islam membanjiri Kuala Lumpur, mengenepikan perbezaan ideologi politik mereka demi membantah filem “Innocence of Islam” yang menghina Nabi Muhammad S.A.W sepertimana berlaku dinegara-negara lain.

Dua perhimpunan serentak anjuran pemuda Umno dan pemuda PAS dihadiri oleh ribuan orang dengan slogan “Allahuakhbar” dan anti Amerika Syarikat (AS).
Diluar kompleks Tabung Haji di Jalan Tun Razak, protes yang diketuai oleh pemuda PAS dihadiri sekurang-kurangnya 5000 orang termasuk dua badan bukan kerajaan (NGO) Teras dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Sebaik sahaja solat Jumaat, kumpulan tersebut berkumpul sebelum berarak ke kedutaan AS melalui Lorong Kuda sambil mengibarkan bendera PAS, Malaysia, Arab Saudi dan Sang Saka Malaya sambil melaungkan “hancur AS dan Zionis”.
“Amerika mesti mengambil tanggungjawab penuh dalam isu ini.
“Kami akan tunjukkan bahawa kesabaran umat Islam dan bukan Islam ada hadnya.
“Jika mereka meneruskan dengan ini, kita akan mengambil lebih banyak tindakan,” kata Azmi Abdul Hamid, presiden Teras.

No comments:

Post a Comment