Followers

Pages

Thursday 27 September 2012

Neelofa dan Hans Isaac Bercuti Bersama?

Neelofa
Hubungan antara aktres, Neelofa dan Hans Isaac, hangat diperkatakan setelah keduanya bergandingan dalam filem Lemak Kampung Santan, yang juga diarahkan oleh Hans, tahun lalu.
Semenjak itu, keduanya dilihat mesra dan rapat, biar pun menegaskan hubungan yang terjalin tidak lebih daripada seorang teman.

Terbaru, nama Neelofa dan Hans kembali hangat diperkatakan setelah keduanya dikatakan bercuti bersama-sama ke Koh Samui, Thailand, hujung minggu lalu.

Neelofa yang ditemui media sebaik tamat majlis tayangan filem terbarunya, Hantu Kapcai di Cathay Cinneplax, Mutiara Damansara, kelmarin, menegaskan, dia dan Hans bercuti di tempat yang berbeza dan tidak pernah berjumpa sepanjang tempoh berada di sana.

"Saya ke Phuket pada hari Ahad dan pulang pada hari Isnin, manakala Hans ke Koh Samui pada hari Khamis lalu dan tak silap saya, dia akan pulang esok (Rabu).        "Hans ke sana bersama kawan-kawan golf dia dan saya pula bersama kawan-kawan saya. Kami juga langsung tidak berjumpa sepanjang berada di sana.

"Saya rasa pihak yang menyebarkan cerita ini sengaja mahu menjatuhkan kami, sedangkan Nazim Othman juga bercuti di Phuket, tapi tak ada pula pihak yang mahu membuat cerita kami bercuti berdua di sana," jelasnya.

Khabar angin berkenaan mula tersebar ekoran Neelofa sendiri yang menulis di laman Twitternya memberitahu yang dia mahu ke satu destinasi di luar negara. Pada masa sama, Hans diberitakan juga berada di destinasi yang dituju aktres itu.
Aktres berusia 23 tahun ini mengakui menyesal menyampaikan perkembangannya di laman sosial Twitter kerana niatnya hanya untuk berkongsi dengan peminat.

"Saya akui sedikit kesal bila niat saya untuk berkongsi perkembangan dengan peminat dimanipulasikan. Kami sebenarnya hanya berkawan baik dan kebetulan bercuti di tempat yang sama. Saya ke sana pun untuk melepaskan tekanan kerja.

"Bagaimanapun saya terima segala spekulasi ini dengan hati terbuka. Saya anggap ini adalah lumrah hidup saya sebagai orang yang dikenali," katanya.

Menyentuh tentang kerjaya seninya, juara Dewi Remaja 2010/2011 ini bakal muncul dengan filem terbaru Hantu Kapcai arahan Ghaz Abu Bakar di samping Zizan Razak, Remy Ishak, Fizz Fairuz dan Hairul Azreen.

Selain itu, Neelofa juga akan sibuk dengan penggambaran program Nona dan dijangka memasuki set penggambaran filem Pilot Cafe hujung Oktober nanti.
-sumber dari majalah-

No comments:

Post a Comment